Program eUsahawan & eRezeki Komuniti Sungai Laka – Masjid Abidin, Changlun, Kedah

12 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Program eUsahawan dan eRezeki Komuniti Sungai Laka yang berlangsung pasa hari Selasa, 11 Disember 2018. Program ini diadakan dengan kerjasama PI Jerlun, Napoh, Kodiang, dan PI Kluster Kubang Pasu. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan usahawan seterusnya menggunakan platform internet untuk mempromosikan produk atau kemahiran yang komuniti miliki. Komuniti yang menyertai program ini sedikit sebanyak menunjukkan minat untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.

Seterusnya, komuniti juga didedahkan dengan Platform eRezeki, yang brtujuan membolehkan rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital secara atas talian. Diharapkan dengan latihan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada peserta Program eRezeki ini, mereka dapat mempraktikkan dan menjana pendapatan melalui platform ini eRezeki ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali