Program eUsahawan & eRezeki Bersama Pelatih Giat Mara Alor Setar

02 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Program eUsahawan dan eRezeki bersama Pelatih Giat Mara Alor Setar diadakan pada setiap sesi kemasukan pelajar. Pelatih giat mara terdiri daripada pelbagai kursus latihan kemahiran. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan usahawan seterusnya menggunakan platform internet untuk mempromosikan produk atau kemahiran pelatih setelah tamat kursus mereka. Pelatih yang menyertai program ini sedikit sebanyak menunjukkan minat untuk menjalankan perniagaan sendiri setelah tamat kursus, berbekalkan kemahiran yang diperolehi serta program eUsahawan yang dihadiri.

Seterusnya, pelatih juga didedahkan dengan Platform eRezeki, yang brtujuan membolehkan rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital secara atas talian. Diharapkan dengan latihan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada peserta Program eRezeki ini, mereka dapat mempraktikkan dan menjana pendapatan melalui platform ini eRezeki ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali