Gotong Royong Menghias PI Sempena Kemerdekaan dan Hari Malaysia

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini diadakan pada 17 Ogos 2018 sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Ahli- ahli Pusat Internet yang berkelapangan pada hari tersebut bersama-sama membantu menghias Pusat Internet. Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Peserta yang terlibat bukan sahaja membantu menggantung bendera untuk hiasan Pusat Internet, malahan peserta membantu mencari maklumat untuk di cetak dan di pamerkan sebagai bahan bacaan berkaitan kemerdekaan serta didedahkan dengan penggunaan internet secara berhemah dikalangan pelajar sekolah.

Diharap dengan inisiatif ini, pengguna Pusat Internet yang datang dapat mendapatkan maklumat berkaitan kemerdekaan Negara dengan info yang di sediakan serta menanamkan semangat cintakan Negara di kalangan rakyat Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali