Kahoot IT Sempena Hari Terbuka Mini PI Napoh

8 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Program Kahoot IT ini diadakan pada hari Jumaat, 7 Disember 2018. Program ini dijalankan bersempena Hari Terbuka Mini Pusat Internet Napoh bertempat di perkarangan PI Napoh. Antara pengisian Kahoot IT ini, peserta perlu mengetahui sedikit sebanyak berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI dan juga berkaitan klik dengan bijak (KDB).

Di sini di tekankan kepada peserta yang hadir untuk sama-sama menyampaikan info yang diperolehi dari program ini kepada rakan-rakan, anak-anak serta saudara-mara. Selain Kahoot IT ini, peserta juga terlibat dengan pelbagai aktiviti lain yang di anjurkan PI Napoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali