Aktiviti Mencipta Bendera Malaysia Dari Barang Kitar Semula

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2018 yang lalu, Pusat Internet Jerlun telah menjalankan aktiviti mencipta bendera dengan menggunakan barang kitar semula. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat klik dengan bijak dan diikuti penerangan untuk aktiviti mencipta bendera. Peserta memulakan dengan melayari internet untuk mencari maklumat dan idea untuk mencipta bendera dari bahan kitar semula. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap ahli saling bekerjasama untuk menyiapkan bendera dalam tempoh yang di tetapkan.

Dalam aktiviti ini, kita dapat melihat pelbagai idea dari setiap ahli dan juga semangat kerjasama untuk menyiapkan tugasan. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, peserta-peserta yang terlibat khususnya serta masyarakat sekeliling amnya, dapat menggunakan bahan-bahan terbuang yang dapat dikitar semula untuk dijadikan barang yang dapat digunakan semula. Penggunaan bahan-bahan ini bukan saja dapat menjimatkan wang, malahan dapat memelihara alam dari pencemaran akibat dari lambakan sampah sarap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali