Program Eusahawan Bersama Pelatih Giat Mara Kuala Kedah

8 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program eUsahawan bersama Pelatih Giat Mara Kuala Kedah telah berlangsung pada hari Ahad, 7 April 2019 yang lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama PI Jerlun, Napoh dan Kodiang. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan usahawan seterusnya menggunakan platform internet untuk mempromosikan produk atau kemahiran pelatih setelah tamat kursus mereka.

Pelatih yang menyertai program ini sedikit sebanyak menunjukkan minat untuk menjalankan perniagaan sendiri setelah tamat kursus, berbekalkan kemahiran yang diperolehi serta program eUsahawan yang dihadiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali