Kelas Tambahan Online April 2019

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Tambahan Online April 2019 telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, 5, 6, 12, 19, 20, 26 dan 27 April 2019 yang lalu. Kelas Tambahan online ini diadakan secara percuma kepada pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 dibawah inisiatif ekelas Maxis. eKelas ini memperkenalkan cara pembelajaran interaktif yang melibatkan pembelajaran atas talian, tutorial, kerja berkumpulan dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Jerlun, selama 10 jam iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu ini dihadiri oleh pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran. Peserta berpeluang mengulangkaji pelajaran melalui Portal eKelas dan juga secara langsung bersama guru yang terlatih. Antara mata pelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Diharapkan dengan adanya program pembelajaran secara digital ini dapat membantu penduduk sekitar yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali