Pameran & Taklimat KDB Sempena Hari Kokurikulum SMK Tunku Bendahara

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pameran dan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang pada 15 September 2019. Pihak Pusat Internet Kluster Kubang Pasu telah dijemput untuk memberikan Taklimat KDB kepada pelajar serta membuka booth pameran bagi memeriahkan lagi Hari Kokurikulum tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan di booth pameran antaranya kuiz dan teka silangkata KDB, Maklumat Maxis eKelas, hebahan penutupan TV analog kepada TV digital dan terdapat goodies yang disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali