Program Hari Terbuka Pusat Internet Jerlun

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka PI Jerlun telah berlangsung pada hari Sabtu, 13 April 2019 yang lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama PTPTN Negeri Kedah dan Komuniti Kampung Lubuk Pinang. Program Hari Terbuka PI Jerlun berjalan seperti yang dirancang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Program ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan dan program yang terdapat di PI.

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pengunjung, antaranya bacaan yassin oleh komuniti setempat, Taklimat Klik Dengan Bijak, Taklimat dan Pameran SSPN oleh Pihak PTPTN Negeri Kedah, IT Challenge, Fast Typing dan bayak lagi aktiviti sampingan yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali