Ulangkaji Pelajar SPM SMK Ayer Hitam

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Ulangkaji Pelajar SPM SMK Ayer Hitam telah diadakan sepanjang bulan Ogos 2019 oleh sekumpulan pelajar iaitu pada 3, 9, 15 & 16 Ogos 2019 yang lalu. Ulangkaji ini adalah sebagai inisiatif pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM.

Ulangkaji yang berlangsung di Pusat Internet Jerlun, selama 3 jam setiap sesi yang diketuai oleh adik Zakuwan yang membantu rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran. Mereka memilih PI sebagai lokasi ulangkaji kerana kemudahan untuk mengakses maklumat serta tempat yang selesa. Diharapkan aktiviti seperti ini akan berterusan disamping saling membantu dalam pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali