Taklimat Berkaitan Perlindungan Data Peribadi (PDPA)

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) Jerlun telah mengadakan satu tayangan video dan taklimat mengenai kepentingan Akta Perlindungan Data Peribadi atau Personal Data Protection Act (PDPA) pada 29 November 2020 (Ahad).

Taklimat ini bertujuan untuk memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi bagi mengelakkan penyalahgunaan data. Tayangan video berkaitan PDPA ini disertai oleh 3 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada penduduk sekitar Pusat Internet Jerlun ini.

Program kesedaran melalui PIK merupakan satu platform terbaik bagi memberi kesedaran tentang perlindungan data peribadi kepada pelajar sekolah serta orang awam

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali