Latihan Mengisi Borang MyResume Secara Atas Talian

4 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2020 telah diadakan kelas latihan pengisian borang MyResume SPA secara atas talian bertempat di Pusat Internet Komuniti Jerlun. Kelas ini dihadiri oleh seorang lepasan siswazah IPTA yang sedang mencari pekerjaan melalui laman web SPA seterusnya perlu melengkapkan maklumat diri beliau dalam laman web MyResume.

Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk membantu mengisi borang SPA dan MyResume dengan betul. Peserta diajar bagaimana untuk memuatnaik gambar dan sijil-sijil yang telah diimbas melalui MyResume.

Pusat Internet Komuniti menyediakan tempat yang selesa dan jaringan internet yang pantas bagi mengelakkan berlaku penghantaran data berulang kali

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali