Kelas Pengisian Borang UPU Secara Online

13 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas pengisian borang UPU secara atas talian khususnya kepada pelajar-pelajar lepasan SPM telah dilaksanakan di Pusat Internet Jerlun pada 12 Mac 2020 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Kelas ini diadakan khas untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar yang masih mencari hala tuju selepas menamatkan pengajian di peringkat Sekolah Menengah.

Antara pengisian program ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mengisi borang permohonan UPU secara atas talian. Selain itu, program ini juga secara tidak langsung dapat mendidik pelajar lepasan SPM untuk membuat keputusan yang bijak mengikut kesesuaian keputusan peperiksaan yang mereka capai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali