Latihan Pengisian Borang Permohonan Anugerah Gemilang Tahun 2020

11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2020 seramai 8 orang pelajar telah menghadiri kelas latihan pengisian borang permohonan anugerah gemilang bagi tahun 2020. Pelajar-pelajar telah diajar langkah-langkah pengisian borang serta cara-cara memuatnaik dokumen seperti keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

Pelajar juga diberi tunjuk ajar tentang cara menyemak keputusan peperiksaan masing-masing di portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Secara tidak langsung mereka telah mempelajari langkah-langkah untuk menyemak keputusan masing-masing. Anugerah Gemilang ini akan diadakan dalam sebuah majlis khas yang akan dianjurkan oleh pihak Maxis pada bulan Mac tahun 2020 di Kuala Lumpur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali