Latihan Mengisi Borang Pendaftaran SSM Secara Online

18 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2020 (Rabu), pihak pengurusan Pusat Internet Jerlun telah mengadakan latihan pengisian borang pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada seorang penduduk tempatan untuk beliau memulakan perniagaannya. Antara perkara-perkara yang dipelajari ialah langkah-langkah mengisi borang pendaftaran SSM seterusnya memuat turun dan mencetak borang tersebut. Sesi latihan ini berlangsung selama 3 jam bermula 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali