Latihan Ms Word Bagi Tujuan Kerja Kursus

5 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kursus aplikasi komputer ini dilakukan khusus kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam bertempat di Pusat Internet Jerlun. Program bermula dari jam 2.30 petang dan tamat pada 4.30 petang. Penekanan pada kali ini adalah pada aplikasi Ms Word kerana mereka perlu menyiapkan kerja kursus persekolahan masing-masing menggunakan Ms Word.

Sambutan amat menggalakkan terutamanya daripada golongan pelajar sekolah. Dengan adanya program seperti ini, pelajar-pelajar sekolah dapat mempelajari tentang asas ICT melibatkan Ms Office iaitu Word, Excel dan Powerpoint yang amat penting pada zaman sekarang. Selain itu mereka juga didedahkan tentang penggunaan ayat dan susunan gambar supaya maklumat kelihatan lebih tersusun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali