Taklimat Travel Privilege Card (Malaysia)

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Taklimat Travel Privilege Card (Malaysia) telah diadakan pada 23 Februari 2020 di Pusat Internet Belimbing Kanan. Seramai 12 orang peserta dari pelbagai Pusat Internet terlibat dalam program ini. Program ini telah dikelolakan oleh wakil dari Penang Tourist Centre. Penang Tourist Centre telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Pulau Pinang dalam memperkenalkan 'Travel Privilege Card' iaitu kad diskaun yang menawarkan penjimatan untuk percutian anda di Malaysia.

Anda boleh menikmati diskaun sehingga 40% untuk bayaran 'entrance', 'accommodation', 'transportation' dan banyak lagi. 'Travel Privilege Card' ini meliputi 2 untuk dewasa dan 2 untuk kanak-kanak untuk setiap penggunaan dan sah selama 1 tahun. Harga RM30 dan tiada had untuk berapa kali anda menggunakannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah menunjukkan kad ini di tempat-tempat yang terpilih bagi mendapatkan diskaun. Dapatkan 'Travel Privilege Card' hari ini di Pusat Internet Jerlun atau membuat pembelian secara online di laman web http://www.malaysiatravelprivilegecards.com dengan menggunakan kod max@pijerlun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali