Program Latihan Pembangunan Usahawan Siri IV

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 dan 6 Februari telah berlangsungnya Program Latihan Pembangunan Usahawan anjuran Koperasi UMK yang dijalankan secara atas talian melalui aplikasi GoogleMeet. Program ini disediakan untuk semua staf Pusat Internet Komuniti Kedah dan Selangor bagi tujuan menambah kemahiran insaniah dan keusahawanan kepada peserta.

Melalui program ini, peserta mempelajari asas teori dan praktikal berkaitan produksi video dan montaj menggunakan perisian VSDC Video Editor yang telah disampaikan oleh penceramah En. Wan Mohd Faiz bin Wan Ali selaku pereka dan fotographer.

Program ini dijalankan selama DUA (2) hari mengikut pembahagian kumpulan Pengurus dan Penolong Pengurus bagi melancarkan latihan dengan lebih berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali