Taklimat MDEC e-Rezeki

2 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2021, jam 2.00 hingga 4.00 petang seramai 50 peserta PEDi terlibat dengan kursus e-Rezeki Rangers anjuran MDEC secara online melalui aplikasi Zoom Meeting. Taklimat ini disampaikan oleh Jurulatih e-Rezeki iaitu Encik Haziq Hissham yang telah berkongsi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan e-Rezeki.

Antara perkara-perkara yang diterangkan ialah:
1. Pengenalan kepada e-Rezeki
2. Syarat dan Proses e-Rezeki Rangers
3. Pendaftaran dan Latihan e-Rezeki
4. Taklimat dan Pendaftaran e-Wallet – BigPay Malaysia Sdn Bhd
5. Sesi soal jawab

Program e-Rezeki ini dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk menjana pendapatan menerusi kaedah digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali