Latihan Mengisi Permohonan Pra Sekolah Bagi Sesi 2022

8 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Latihan mengisi permohonan Pra Sekolah bagi sesi 2022 telah diadakan di Pusat Internet Komuniti Jerlun pada 7hb Mac 2021 (Ahad) bagi tujuan membantu golongan ibubapa yang kurang celik IT ketika membuat permohonan secara atas talian.

Selepas sesi latihan diberikan, ibubapa khususnya lebih memahami langkah-langkah untuk membuat permohonan secara atas talian. Ibubapa juga diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat pendaftaran secara atas talian seterusnya membuat permohonan melalui sistem ePrasekolah KPM.

Selain itu ibubapa juga diberikan penerangan mengenai kaedah yang betul sepanjang pengisian maklumat dilakukan bagi mengelakkan berlaku sebarang kesilapan sebelum permohonan dihantar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali