Aktiviti Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021

27 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Program dan aktiviti yang bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia telah berlangsung secara atas talian melalui platform digital Facebook Pusat Internet Komuniti Jerlun.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz Kemerdekaan yang memerlukan peserta menjawab sebanyak 20 soalan bagi menguji tahap pengetahuan peserta terhadap sejarah penubuhan Malaysia. Selain itu aktiviti lain yang dijalankan adalah Pertandingan Cabaran Tiktok Hari Malaysia, Pertandingan Selfie Hari Kemerdekaan dan pelbagai lagi bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Negara di kalangan komuniti.

Semoga program sebegini dapat memberi pelbagai manfaat khususnya kepada semua peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali