Kelas Online PUPUK @Shopee

3 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Jerlun membantu para usahawan yang berminat untuk mengikuti kelas secara atas talian sebagai penjual di platform Shopee. Kelas ini diadakan melalui aplikasi Google Meet pada 2 Ogos 2021 (Isnin) bermula pada jam 10.00 pagi.

Kempen PUPUK @Shopee merupakan kerjasama di antara pihak Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan berterusan sehingga bulan Disember 2021.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu usahawan menggunakan aplikasi Shopee bagi kegunaan perniagaan secara atas talian. Selain itu peserta dapat mengasah kemahiran berniaga melalui ICT dan membantu menaikkan taraf ekonomi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali