Program Advokasi KafeTeen Oleh LPPKN Sesi II

20 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Program advokasi Kafeteen anjuran LPPKN Kedah bagi sesi kedua telah berlangsung pada 19 Oktober 2021 (Selasa) melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun tentang Pendidikan Kesihatan Reproduktif Remaja.

Program ini bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang dengan penglibatan 69 orang peserta. Program ini disiarkan secara langsung di Zoom Meeting dengan tajuk ceramah “Antara Cinta dan Maruah” yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Rajwani Md Zain.

Dengan program sebegini dapat memberi kesedaran terutamanya kepada golongan remaja dan dapat menyemai nilai-nilai murni remaja terhadap perkembangan kesihatan dan sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali