Latihan Mengisi Permohonan Jawatan Kosong

3 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pihak Pusat Internet Komuniti Jerlun telah mengadakan latihan kepada peserta berkaitan cara-cara untuk mengisi permohonan jawatan kosong pada 2 Januari 2021 yang lalu. Peserta merupakan seorang pekerja sektor swasta yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor awam.

Antara yang dipelajari sepanjang latihan tersebut ialah cara untuk membuat pendaftaran ke dalam laman pautan yang disediakan serta cara untuk memasukkan butiran peribadi termasuklah maklumat akademik, kokurikulum dan pengalaman kerja.

Peserta juga diberi tunjuk ajar tentang penggunaan pengimbas dan menukarkan format fail ke bentuk PDF bagi proses memuatnaik ke dalam laman web tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali