Tutorial Cara Muatnaik Fail Ke Dalam Google Drive

20 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Berikut adalah perkongsian video ringkas mengenai cara untuk muatnaik fail ke dalam Google Drive. Google Drive merupakan ruang storan awan yang disediakan oleh Google untuk kegunaan peribadi dan tidak kurang juga yang menggunakannya sekadar untuk memenuhi arahan pentadbiran. Saiz ruang storan yang disediakan adalah 15gb sahaja. Oleh itu sekiranya pengguna perlu menyimpan lebih daripada saiz tersebut maka pengguna boleh membuat bayaran mengikut kategori jumlah yang ditetapkan.

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi maklumat dan tunjuk ajar mengenai langkah-langkah memuatnaik fail atau folder yang seterusnya akan disimpan di dalam Google Drive.

Kebaikan video tutorial ini adalah memberi sedikit sebanyak info mengenai Google Drive. Semoga perkongsian video ini bermanfaat kepada masyarakat dan komuniti di luar sana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali