Kelas Penggunaan Aplikasi Di Google

15 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober 2021 (Khamis), Pusat Internet Komuniti (PIK) Jerlun telah mengadakan satu lagi kelas berkenaan cara penggunaan Google Drive, Google Form serta Google Photos.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan ketiga-tiga aplikasi Google tersebut. Seperti yang kita maklum sepanjang negara dilanda pandemik ini, banyak aktiviti terpaksa dilakukan secara atas talian terutamanya di sektor pendidikan.

Dengan adanya kelas sebegini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari supaya dapat menggunakan setiap kemudahan yang telah disediakan oleh Google terutamanya Google Drive, Google Form serta Google Photos.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali