Program Advokasi Kafeteen Oleh LPPKN Sesi III

18 November 2021 | Aktiviti Terkini

Program advokasi Kafeteen anjuran LPPKN Kedah bagi sesi ketiga telah berlangsung pada 17 November 2021 (Rabu) melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun tentang Pendidikan Kesihatan Reproduktif Remaja.

Program ini bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang dengan penglibatan 98 orang peserta. Program ini disiarkan secara langsung di Zoom Meeting dengan tajuk ceramah “Love Yourself” yang disampaikan oleh Puan Maudah Binti Ali yang lebih dikenali sebagai Ustazah Cinta selaku Motivator serta Pendakwah Bebas.

Dengan program sebegini dapat memberi kesedaran terutamanya kepada golongan remaja dan dapat menyemai nilai-nilai murni remaja terhadap perkembangan kesihatan dan sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali