Peperiksaan Online SPA

4 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Selaras dengan perubahan cara dan methodology peperiksaan SPA, maka Pusat Internet Komuniti adalah tempat yang paling sesuai untuk para calon mendapatkan perkhidmatan penggunaan jalur lebar bagi menduduki peperiksaan secara online.

Pada 3 Ogos 2021 (Selasa), Pusat Internet Komuniti Jerlun telah memberi tunjuk ajar kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa. Di samping itu, calon juga dapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Komuniti dan seterusnya menjawab soalan peperiksaan dengan lebih selesa dan teratur.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan jalur lebar kepada komuniti terutamanya yang berada di luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali