Kursus TTT - Open Broadcaster Software (OBS)

13 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2022 (Sabtu) telah diadakan kursus Train the Trainer – Open Broadcaster Software (OBS) yang telah disampaikan oleh Encik Anwar Maso’od iaitu Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semenyih.

Antara topik yang dikongsi bersama termasuklah asas penggunaan perisian OBS iaitu satu perisian yang banyak digunakan pada masa kini bagi tujuan screen recording secara live. Kursus ini juga memberi peluang kepada semua staf seliaan Nera untuk mempelajari bagaimana menggunakan green screen, penggunaan virtual camera, membuat sambungan OBS ke Google Meet dan pelbagai perkongsian lagi.

Latihan ini dijalankan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Diharap perkongsian seperti ini dapat dimanfaatkan oleh setiap peserta disamping dapat meningkatkan kemahiran petugas PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali