Webinar Pupuk@SPPP Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia

14 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

13 Julai 2022, Rabu – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Jerlun telah menyertai satu taklimat yang telah dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui aplikasi Teams. Taklimat ini melibatkan semua PEDi Semenanjung kecuali Sabah dan Sarawak.

Pihak SSM telah memberi penerangan dengan lebih mendalam mengenai cara mendaftar perniagaan menggunakan aplikasi ezBiz. Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk menerangkan pendekatan dan inisiatif terkini pendaftaran program SPPP yang dikelolakan oleh pihak SSM.

Dengan adanya taklimat ini membolehkan pihak PEDi membantu komuniti terdekat terutamanya usahawan-usahawan dalam membuat pendaftaran perniagaan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali