Kelas Membuat Resume Menggunakan Canva

3 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Januari 2022 (Ahad) telah diadakan satu kelas membuat resume yang diadakan khusus kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah bagi memberi pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan dengan cara penghasilan resume dengan menggunakan aplikasi Canva.

Peserta diberi penerangan secara terperinci bagaimana untuk menghasilkan resume secara atas talian. Peserta perlu mengisi maklumat peribadi dan akademik mengikut format dan template yang dipilih.

Setelah tamat kelas ini, peserta telah berjaya menyiapkan resume yang lebih professional dengan layout yang menarik mengikut pilihan peserta. Peserta juga boleh memuat turun resume yang siap sepenuhnya mengikut format yang dipilih samada JPEG atau PDF.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali