Program KDB Bersama SMK Tunku Bendahara

16 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan bersama pelajar-pelajar asrama SMK Tunku Bendahara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Seramai 40 orang pelajar asrama perempuan yang telah terlibat dengan program ini. Program ini diadakan di Dewan Makan asrama pelajar perempuan.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang pentingnya penggunaan internet secara bijak dalam menyampaikan maklumat terkini. Aktiviti soal jawab quiz juga diadakan di akhir program. Pelajar yang Berjaya memberi jawapan yang tepat akan diberi hadiah saguhati dari pihak PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali