Kelas Menggunakan Aplikasi Web Whatsapp

10 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Satu kelas asas komputer dan internet iaitu bagaimana menggunakan WhatsApp Web telah dilakukan di PEDi Jerlun. Peserta merupakan 2 orang pelajar dari SMK Ayer Hitam yang sedang menyiapkan tugasan sekolah dan memerlukan bantuan untuk memudahkan mereka dalam menyiapkan tugasan.

Staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada peserta cara penggunaan aplikasi Web WhatsApp di komputer bagi memudahkan urusan menyiapkan tugasan. Peserta diberi arahan untuk membuka Web WhatsApp dan menghubungkan aplikasi ini ke telefon bimbit.

Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana untuk memuatnaik atau memuat turun fail atau dokumen di dalam telefon bimbit menggunakan Web WhatsApp. Peserta diingatkan supaya log keluar dari Web WhatsApp sebelum menutup browser yang digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali