Latihan Pendaftaran ERezeki

30 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Bermula pada tarikh 29/1/2022 PEDi Jerlun akan mengadakan sesi latihan kepada individu yang berminat untuk membuat pendaftaran bagi program eRezeki. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan menerusi kaedah digital.

Program ini terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas. PEDi Jerlun juga menawarkan kursus dan tunjuk ajar kepada peserta eRezeki yang berminat. Tugas utama PEDi Jerlun bagi menjayakan program ini adalah untuk membimbing peserta mengikut tatacara pendaftaran dalam eRezeki.

Setakat ini seramai 4 orang peserta yang telah mengikuti sesi latihan program eRezeki ini. Peserta akan dipadankan dengan kerja-kerja digital bersesuaian dengan skil masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali