Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Guru

15 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta yang ingin mempelajari bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah kad untuk Hari Guru akan datang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara dan teknik untuk membuat kad ucapan sempena Hari Guru dengan menggunakan aplikasi Ms Word sahaja. Peserta diajar untuk menyalin gambar berkaitan di Google untuk ditampal pada kad. Selain itu peserta juga diajar untuk menghiasi kad tersebut dengan menggunakan fungsi Word Art dan Shapes. Peserta boleh menghias kad mengikut kesesuaian dari segi warna dan tulisan untuk ucapan Hari Guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali