Kelas Asas ICT

10 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Jerlun telah mengadakan satu kelas asas ICT menggunakan Ms Word dan kaedah membuat carian di Google pada 9 Mei 2022 (isnin) yang lalu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer di kalangan ahli yang berdaftar dengan PEDi serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Ms Office. Kelas ini juga mendedahkan pelbagai ilmu pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak. Petugas PEDi Jerlun memberi penerangan yang jelas supaya peserta lebih memahami fungsi internet bagi tujuan penggunaan di masa akan datang. Selain itu penerangan tentang fungsi Ms Word juga diberikan secara terperinci sebelum peserta terlibat dengan latihan amali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali