Program Advokasi KDB Bersama Pelatih Giat Mara Alor Setar
27 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Program advokasi KDB bersama pelatih Giat Mara Alor Setar telah diadakan di Pusat Giat Mara Alor Setar, bertujuan memberi pendedahan cara penggunaan internet dengan betul bagi mengelakkan masalah berlaku di media sosial iaitu penipuan serta “cyber grooming”. Melalui program ini, pelatih juga diperkenalkan tentang mobile e-waste dimana dapat membantu masyarakat dalam kitaran semula alat elektronik mereka. Selain itu, kuiz KDB juga di berikan kepada pelatih bagi memastikan mereka peka terhadap penyampaian KDB yang telah diberikan kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: