Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pertanian (Padi)
Majoriti sumber ekonomi penduduk setempat yang mengusahakan pertanian disekitar kawasan sekitar ini ialah mengusahakan penanaman padi. Sawah padi yang terbentang luas di tepi Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun ini sudah cukup menggambarkan lanskap kehidupan penduduk setempat. Selain itu penanaman sayur-sayuran secara kecil kecilan juga ada seperti penanaman cili, timun, ubi kayu dan sebagainya.
Perikanan.
Bagi penduduk sekitar yang berada di tepi laut aktiviti perikanan merupakan sumber ekonomi utama penduduk setempat. Terdapat banyak perahu dan juga bot yang digunakan oleh nelayan untuk mencari hasil perikanan. Hasil yang dapat akan dijual untuk mendapatkan habuan untuk menyara keluarga.
Perternakan udang dan juga ikan.
Selain daripada nelayan mencari hasil laut, penduduk sekitar laut ramai mengusahakan perternakan udang dan juga ikan tilapia. Udang yang biasa diternak ialah udang untuk dibuat umpan bagi kegunaan kolam memancing yang ada dikawasan sekitar. Terdapat juga penternakan haiwan lain seperti lembu, kambing dan juga itik yang dijalankan oleh penduduk setempat.
Perhidmatan Penginapan
Tamteh Multicentre.
Lokasinya ada berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun sebelum Simpang Empat Kerpan. Menyediakan perkhidmatan inap desa dan juga bilik latihan. Sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan kursus motivasi, majlis perkahwinan, Bengkel dan sambutan hari keluarga.Menawarkan perkhidmatan yang pasti memuaskan hati pengunjung dengan suasana tempat yang berlatar belakangkan sawah padi yang pasti menenangkan jiwa.
Telefon : 0125521278 @ 0194144343
Email: tamtehmulticentre@gmail.com.
Berniaga.
Terdapat juga sebahagian daripada penduduk menjalankan aktiviti pernigaan secara kecil kecilan. Jualan biasanya ialah produk makanan seperti goreng pisang, goreng pisang cheese, air minuman dan sebagainya. Selain itu terdapat juga sebahagian yang menjalankan perniagaan lain seperti membuka bengkel kereta dan motosikal, perkidmatan telekomunikasi, jualan hasil perikanan dan sebagainya.