Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Kawasan Pantai Di Kuala Jerlun
Kawasan Pantai Di Kuala Jerlun ini agak istimewa kerana kewujudannya yang merupakan destinasi pelancongan akuatik dimana bukan sahaja nelayan ke laut untuk menangkap ikan malah pelancong turut serta dapat melakukan aktiviti tersebut contohnya memancing ikan. Kemudahan penginapan terdapat di sini yang dikelolakan oleh Tamteh Multicentre.
Tamteh Multicentre
Peranginan ini menyediakan Chalet, Kafetaria, Bilik Seminar dsb.Terdapatnya sebuah Muzium Padi yang terletak di laluan ke Gunung Keriang yang dimana mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat tentang aktiviti tradisional kawasan tersebut. Disini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta tapak perkemahan yang luas bagi tujuan rekreasi.
Telefon : 0125521278 @ 0194144343
Email: tamtehmulticentre@gmail.com
Homestay MADA Kampung Jeruju.
Pemanduan bersahaja selama 20 minit dari Bandaraya Alor Setar akan membawa anda ke Homestay MADA kampong Jeruju untuk mengalami kehidupan desa yang mesra dan bersahaja bersama keluarga peladang di mana anda akan tinggal bersama mereka untuk merasai sendiri kehidupan desa seumpama anda berada di rumah anda sendiri.20 buah rumah keluarga peladang telahpun diubahsuai dan dilesenkan untuk menerima pelancong dan pelawat bagi merasai dan mengalami kehidupan sebenar di desa.Dengan hanya RM120 seorang untuk satu malam, anda akan dihidangi dengan pemandangan matahari terbenam diufuk lautan biru yang tenang dan sawah padi yang menghijau bak permaidani di waktu mudanya dan menguning luas di waktu masaknya. Bawalah pulang seribu kenangan indah kehidupan bersama keluarga peladang di Homestay MADA Kampong Jeruju.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi PPK F2 MADA Jerlun 604-7940-263 atau Rusli +6013-4600-720 atau Izzat +6019-5898-983
Ladang Nipah Kipli
Hanya terletak kira-kira 15 KM dari Pusat Interner 1 Malaysia Jerlun.Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis telah diusahakan dengan lebih 2,000 pokok nipah yang mengeluarkan air nira nipah yang manis dan terkenal dengan khasiatnya.Ladang ini juga tersedia pondok-pondok rehat dan buaian-buaian di celah-celah deretan pokok nipah untuk anda bersantai di samping menenangkan fikiran ataupun untuk bermuhasabah diri. Cubalah rasai Laksa Kuala Perlis yang terkenal dan juga ketam sawah yang boleh direbus segar untuk hidangan tengahari, minum petang maupun untuk sarapan pagi. Anda juga boleh menikmati air kelapa muda yang manis bersama hirisan isi kelapa muda yang lembut dan segar. Ladang ini juga menyediakan kemudahan tapak perkhemahan untuk aktiviti berkumpulan.Kunjungan ke Ladang Nipah Kipli akan membantu membebaskan anda dari permasalahan diri anda di samping merubah anda menjadi seorang insan yang tenang serta berfikiran luas dan terbuka.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Kipli +6012-565-7969
Kolam Memancing Air Masin
Disekitar kawasan tepi laut terdapat beberapa buah perkhidmatan kolam memancing air masin berbayar yang menjanjikan kepuasan kepada kaki pancing di sekitar Alor Setar dan juga termasuk kepada kaki pancing yang datang dari negeri Perlis kerana faktor tarikan semula jadi kawasan..Beberapa spesis ikan terdapat disini yang terdiri dari spesis siakap, jenahak, kaci dan beberapa spesis lain. Harga yang ditawarkan kepada pemancing juga amat berpatutan sesuai dengan keadaan kolam yang santai.Perkhidmatan menjual udang untuk dibuat umpan juga memudahkan pengunjung yang ingin mencuba nasib di kolam sekitar kawasan tepi laut ini..terdapat 4 biji kolam memancing air masin yang menjanjikan kepuasan kepada mereka yang ingin mencuba.
Dewan Badminton.
Tarikan baru yang terdapat di sekitar setempat ialah terdapat satu dewan badminton yang baru saja siap dibina. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Ruang dalam dewan yang luas serta beberapa gelanggang yang ada boleh menawarkan aktiviti riadah yang selesa. Dewan badminton yang sebelom ini ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang hendak bermain atas faktor gelanggang yang terlalu sedikit. Lokasi dewan ialah di sekitar Simpang Empat Kerpan.
Sebarang tempahan boleh menghubungi 012-2132578 untuk maklumat lanjut.
Gelanggang Futsal
Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 8 pagi sehingga 3 pagi. Bayaran yang dikenakan hanya RM1 untuk setiap kali masuk ke kawasan futsal.