Program Mengacau Bubur Asyura Bersama Komuniti Lubuk Pinang

07 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2018 Pusat Internet Jerlun dengan kerjasama Komuniti Kampung Lubuk Pinang telah menjayakan Program Mengacau Bubur Asyura. Pusat Internet mengambil peluang untuk bersama-sama menyertai aktiviti komuniti disamping dapat mengeratkan hubungan PI dengan komuniti, juga menghebahkan aktiviti dan perkhidmatan PI. Program ini bermula jam 10 pagi dan tamat jam 2 petang. Penduduk sekitar bergotong royong untuk menjayakan program tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali