Temuduga Terbuka di Pusat Internet Jerlun
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan dengan kerjasama Jobsmalaysia Kedah dengan menjadikan Pusat Internet sebagai egen kepada pencari kerja. Temuduga terbuka ini bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2 petang. Majikan yang dijemput oleh pihak Jobsmalaysia pada kali ini adalah Jabil Circuit Sdn Bhd bagi jawatan operator pengeluaran. Majoriti pencari kerja yang hadir telah diterima menjadi sebahagian warga Jabil Circuit.
Diharap program kerjasama seperti ini dapat memberi manfaat dan peluang kepada komuniti setempat dengan menjadikan pusat internet sebagai platform dan rujukan pekerjaan. Peserta yang hadir juga didedahkan dengan info berkaitan penyalahgunaan internet sebelum sesi temuduga dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: