Karnival Pendidikan Pembelajaran Abad Ke-21 (Ict)

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Karnival Pendidikan Pembelajaran Abad ke-21 (ICT) daerah Kubang Pasu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Guar Napai pada 7 Julai 2019. Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ICT menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini.

Pelbagai aktiviti dan booth pameran berkaitan ICT di pamerkan sepanjang karnival berlangsung. Antara sesi pembelajaran yang diadakan adalah seperti Quizizz, Google Form, Kahoot, Digital Story Telling dan Digital Ink.

Karnival ini dapat memberi peluang kepada semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah untuk mengaplikasikan kemahiran ICT masing-masing. Selain itu juga ia dapat meningkatkan daya saing yang tinggi di kalangan pelajar dalam bidang ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali