Kelas Tambahan Online Ogos 2019

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Tambahan Online Ogos 2019 telah diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu iaitu pada 2, 3, 23 dan 24 Ogos 2019 yang lalu. Kelas Tambahan online ini diadakan secara percuma kepada pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 di bawah inisiatif eKelas Maxis. eKelas ini memperkenalkan cara pembelajaran interaktif yang melibatkan pembelajaran atas talian, tutorial, kerja berkumpulan dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Jerlun, selama 11 jam iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu ini dihadiri oleh pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran. Pelajar berpeluang mengulangkaji pelajaran melalui Portal eKelas dan juga secara langsung bersama guru yang terlatih. Antara mata pelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Diharapkan dengan adanya program pembelajaran secara digital ini dapat membantu penduduk sekitar untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma. Antara tugasan dan aktiviti bulan Ogos yang diberikan kepada pelajar ialah membina struktur bumi, mencipta model telefon, membina atom, model sudut selari, mengira pecutan dan quiz bagi bab bumi sebagai sfera.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali