Kelas Usahawan Penjagaan Wajah & Kecantikan
5 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Usahawan Kecantikan dan Penjagaan wajah telah berlangsung pada hari Jumaat, 4 Januari 2019. Kelas ini disertai oleh surirumah dan juga usahawan desa sekitar Pusat Internet Jerlun. Program ini bertujuan membantu wanita agar dapat menjana pendapatan dengan kemahiran yang dipelajari. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pemilihan produk penjagaan wajah dan badan yang sesuai dengan jenis kulit dan teknik untuk menjalan kan spa bergerak. Peserta memberi respon yang positif terhadap kelas yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: