Menghias Pusat Internet Sempena Hari Kemerdekaan 2019

11 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Hari Kebangsaan di Malaysia di sambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk memperingati tokoh kemerdekaan Malaysia serta menanam sikap cinta akan Negara dalam sanubari generasi kini. Pada 1 Ogos 2019, Pusat Internet Jerlun bersama komuniti khususnya pelajar-pelajar SMK Ayer Hitam dan SK Ayer Hitam mengadakan aktiviti Menghias Pusat Internet bersempena dengan bulan kemerdekaan 2019.

Kain rentang bendera Malaysia serta tarikh peristiwa-peristiwa penting menjadi bahan utama hiasan di Pusat Internet. Pada 10 Ogos 2019, Pusat Internet telah menyediakan perkhidmatan internet percuma supaya komuniti dapat mencari maklumat dan peristiwa-peristiwa bersejarah sekaligus dapat menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali