Bengkel Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus Dan Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniBengkel Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus Dan Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019 telah diadakan pada hari Ahad, 13 Januari 2019. Program ini dikendalikan oleh Staf Pusat Internet dan wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertempat di Pusat Internet Jerlun.
Antara pengisian bengkel adalah Modul Advokasi dan aktiviti. Diharapkan dengan latihan yang diberikan kepada Staf Pusat Internet, dapat dikongsi dan disampaikan kepada masyarakat, dalam membanteras penyalahgunaan internet serta menjadi pengguna media sosial yang berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: