Kursus Latihan Pengedali Makanan
13 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPihak Pusat Internet Komuniti Jerlun telah menganjurkan kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM) dengan kerjasama NZ Bunga Venture dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus yang berlangsung selama 3 jam ini telah disertai oleh 3 orang peserta dari kawasan Jerlun manakala seorang peserta dari Pendang.
Objektif LPM secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
Sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada pengendali makanan yang menghadiri kursus LPM mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: