Program Permerkasaan Dan Kelestarian PEDi Negeri Kedah

9 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 hingga 8 Disember 2021, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kedah telah menganjurkan Program Permerkasaan dan Kelestarian PEDi yang melibatkan semua Pengurus PEDi Negeri Kedah.

Program ini bertujuan untuk:
1. Menyelaraskan pengetahuan petugas tentang hala tuju inisiatif terbaru MCMC
2. Memberi latihan kemahiran dan pendedahan yang perlu untuk perlaksanaan inisiatif yang dirancang
3. Mendengar maklumbalas tentang cabaran dan cadangan penambahbaikan aktiviti dan fungsi sedia ada

Program berlangsung selama 3 hari di Aseania Resort Langkawi dan seramai 73 peserta yang terdiri daripada Pengurus PEDi Kedah terlibat secara langsung dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali