Program Advokasi KafeTeen @PEDi Jerlun

11 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2021 (Jumaat), LPPKN Negeri Kedah menganjurkan Program Advokasi KafeTeen @PEDi Jerlun dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Jerlun di mana program ini melibatkan remaja yang berumur lingkungan 13 tahun hingga 24 tahun bagi kawasan Jerlun.

Program ini memberi fokus berkaitan tingkah laku seksual yang mempunyai kesan dan akibat tersendiri kepada diri remaja, keluarga dan masyarakat. Aktiviti yang telah dijalankan adalah berbentuk bicara santai iaitu ‘teen chat’ dan kuiz interaktif remaja

Turut disediakan sijil penyertaan untuk peserta yang melibatkan diri dengan program advokasi ini. Semoga program seperti ini dapat memberi banyak manfaat kepada remaja yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali