Program Klik Dengan Bijak Bertajuk Tidak Pasti Jangan Kongsi

11 November 2021 | Aktiviti Terkini

Program advokasi dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang Kedah.

10 November 2021 (Rabu) – Kolaborasi 3 Pusat Internet Komuniti iaitu Pusat Internet Komuniti Jerlun, Napoh dan Kodiang telah mengadakan Program Advokasi KDB secara atas talian melalui platform Google Meet selama 1 jam bermula jam 2.45 petang. Penglibatan seramai 72 orang pelajar daripada 4 buah sekolah sekitar Kubang Pasu telah menjayakan program ini.

Program ini memberi kesedaran advokasi kepada para pelajar khususnya penggunaan media sosial secara berhemah. Taklimat ringkas tentang “Tidak Pasti Jangan Kongsi” bertujuan memberi gambaran kepada peserta mengenai sesuatu maklumat yang tersebar seperti khabar angin, gosip, spekulasi serta penipuan dalam menyampaikan sesuatu cerita yang tidak pasti kesahihannya.

Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam diri para pelajar agar tidak terjebak dalam jenayah siber. Pihak Pusat Internet Komuniti juga berharap kerjasama dengan pihak SMK Tunku Bendahara akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali